Total Pageviews

Kalori Makanan Harian


Selepas membaca berkaitan kalori, pasti anda akan sentiasa berhati-hati dan berfikir sebelum makanan/minuman masuk ke dalam mulut anda.

Bukan hanya ketika bersama SD2, tetapi juga untuk sepanjang hayat.

Jom kita periksa apa yang ada dalam makanan kita...tapi sebelum tu, kena tahu dulu pengiraan kalori bagi bahan-bahan seperti ini:
  • 1 gram Karbohidrat = 3.7 kalori
  • 1 gram Protein = 4 kalori
  • 1 gram Lemak = 9 kalori

Ok, sekarang kita tengok pulak makanan yang selalu kita makan:
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Bihun goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

0 comments:

Post a Comment