Total Pageviews

Maksimumkan Pengambilan Sayur-Sayuran

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan serat yang lebih dalam permakanan harian. Makanan yang sihat membentuk sistem badan yang sihat dan terbaik.

Kebahagiaan di Tangan Anda

Luangkan masa kualiti bersama ahli keluarga tersayang sambil menikmati minuman khasiat daripada New Image.

Aktifkan Dirimu!

Lakukan aktiviti riadah atau senaman 1-2 kali seminggu, dalam masa 20 minit untuk mengekalkan tahap kesihatan di tahap yang baik. Senaman beban mampu mengaktifkan otot untuk lebih aktif dan meransang pembakaran lemak degil.

Gaya Hidup Sihat Menjamin Masa Hadapane

Gaya hidup yang sihat memberi manfaat dan kuliti hidup yang terlalu berharga. ALPHALIPID LIFELINE mampu memberikan tahap kesihatan yang lebih baik .

NO CARB, NO SUGAR

Jadikan sayur-sayuran dan serat kawan baik anda!! :) Kurangkan pengambilan karbohidrat dan gula.

Tuesday 28 August 2012

Alphalipid Lifeline menyembuhkan penyakit kronik : Gout

INFO KESIHATAN YANG BAGUS UNTUK KITA KETAHUI...TERUTAMA MEREKA2 YANG DAH BERUMUR 30 TAHUN DAN KEATAS, JAGA-JAGA .. badan nak pakai lama

Apa itu sakit GOUT (INFO SIHAT)


Pengenalan

• Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan Asid Urik di dalam badan.
• Asid Urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil Purin.
• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’Tophi’
• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’Batu Karang’.
• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
• Kegemukan
• Darah tinggi
• Hiperlipidemia
• Diabetes

Rawatan

• Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
• Rawatan serangan akut
• Rehatkan sendi semasa serangan gout.
• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.
• Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

• Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
• Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
• Mengelakkan minuman keras
• Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi Purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi Purin yang tinggi.
Pemakanan
• Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan Purin:.

ELAKKAN MAKANKURANGKAN MAKAN

1. Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
2. Ikan bilis, kembung, sardin
3. Daging cincang
4. Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
5. Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
6. Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
7. Peanuts, lentil, beans and peas
8. Poultry
9. Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
• Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
• Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
• Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
• Minum banyak air
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Dari petikan :http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Gout.php
 

Thursday 16 August 2012

ALPHALIPID LIFELINE Pengubat sukar mengandung / menimang cahaya mata

Hye ,

saya nak berkongsi khabar baik yang terbaik. Ini merupakan testimonial terbaru tentang alphalipid LIFELINE yang memang kaya dengan khasiatnya. Lihat saja gambar di bawah, si ibu merupakan wanita berbangsa India dan bersama pasangannya yang telah mencuba pelbagai produk untuk mengandung setelah sekian lama

Penantian telah terhenti apabila baby Alphalipid yang berkulit cerah, putih, gebu, sihat sempurna telah dilahirkan pada 28 Mei 2012. malah mata sudah boleh celik ketika hari pertama. Jadi, ALPHALIPID LIFELINE juga terbukti memberi imunisasi kepada badan manusia untuk mencegah penyakit berjangkit yang bahaya seperti

 • Asma • Arthritis • Allergy • Buasir •
 
Bisul • Buah Pinggang • Denggi • Ezema • Fybroid • Gout • Gastrik • Haid • Hepatitis B/C • Jerawat • Jangkitan Kuman • Kayap • Kanser • Keletihan • Kencing Manis • Leukimia • Masalah Paru-Paru • Masalah Usus • Migrain • Resdung • Awet Muda • Kekurangan Oksigen dalam darah dan banyak lagi.

Lihat gambar di bawah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 0128581042 - amiroul

Tuesday 7 August 2012

10 Petua Percepatkan Pembakaran lemak anda



1. Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2. Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3. Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4. Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5. Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6. Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.

7. Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8. Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak?) :)

9. Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2 - 4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.

10. Elakkan crash diet - Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah :-
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi.
2. Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas